Glitter Words
Ninja!

Friday, October 31, 2008

ape punye soklan la nih..

Pagi ni mcnods ade plak terbaca metro online. Tetiba mcnods ternampak bab soal jawap agama...
sedih yang amat sangat mcnods dengan soalan-soalan agama yang menjadi kemushkilan rakyat Malaysia ni... em... nampak sangat tahap pengetahuan tentang agama Islam oleh umat Islam di Malaysia amat cetek sekali. soalan yang di tanya tida munasabah dan sangat tidak relevan.. Bukan nak kata derang tuh bodoh ke ape.. tapi tak bleh pikir sendiri ke?? kadang-kadang kite boleh pikir dengan common sense je soalan yang di ajukan...

antara soalan yang mcnods ingat... dia kata dia jatuh hati pada mat bangla... tapi masalahnye dia ni dah berkahwin dan ramai anak... apa sebab nye dia jatuh hati... sebab husband dia jelous kat dia bile dia berkawan ngan mat bangla tuh... mesti la sebagai suami dia jelous bila isteri dia berkawan dengan lelaki lain.. tambahan bila isteri dia jatuh hati pulak kat lelaki lain... huhuhuh... ade ke bleh dia tanya macam mana?? dia kata dia tak tahan sikap husband dia yang cemburu kat dia dan jelous memanjang... senang je citer... kau tak payah ler kawan ngan mat bangla tuh.. baru ler husband hang benti jelous.. bengong betul.... orang kate cemburu tandanya sayang... kalau dah dia cemburu maknanya husband awak tuh sayang ler kat awak... yang nk bekenan kat mat bangla tuh wat pe... harap muke je hensem tapi duit takde... datang malaysia pon semata-mata nak cari duit macam mana dia nk tangung kite lagi kalau kawen ngan kite...

Kalau citer tentang mat bangla... better lupakan aje le nak kawen ngan derang.... bukan nk kutuk atau bersikap prejudis.. tapi mat bangla takan datang ke Malaysia kalau bukan tujuan untuk cari duit atau lari dari kesusahan yang derang tangung di negara derang.... mcnods dah banyak handle kes mat bangla ni time kat tenaganita dulu... memang dia punye kisah almost the same dan masalah pon sama je... derang mencari rakyat malaysia semata-mata nk tumpang kesenangan rakyat ni... bukan semua yang kawen tu tujuan utama cinta... derang ni lagi satu... memang pandai berkata-kata manis... maklumlah terpengaruh dengan filem hindustan.... itu sahaja....

Ada lagi satu soalan yang bila mcnods baca mcnods rasa macam nak marah je... tau tak ape soalan dia???

SOALAN

BARU-BARU ini saya keluar berbuka puasa bersama teman lelaki. Lantas dia mengajak bersolat bersama. Apakah hukum bersolat dengan berimamkan teman lelaki saya? Haruskah seseorang itu mempunyai ikatan untuk diimamkan? Berdosakah saya dan adakah solat itu diterima?


cube ler sume orang bace soalan dia... ape tah ler yang dia pikir.. ngada-ngada pon ade gak... kalau dia cakap dia dgr teman lelaki dia punye bacaan fatihah tu salah.. logik gak nk tanye sah ke tidak solat dia.... adoi yai.. ( pinjam ayat cik bunge) abes kalau dia solat kat masjid tuh tak sah ler... sebab bukan ade ikatan apa2 ngan imam tuh... abes sume orang tak sah la... anak bini pak imam je ler boleh solat berimamkan imam tuh.. orang lain tak boleh sebab takde kaitan dengan imam tuh... begitu la kalau dia pikir logik... jangan ler terlalu taksub adoi yai...
ok le itu saje le mcnods nk cakap... marah pon ade... better mcnods benti je le membebel... geram betul... uhuhuhuhu ok la... chow... salam...


http://mcnods.fotopages.com

Tuesday, October 28, 2008

selamat bekerja

Selamat hari-hari.. selamat bekerja... em.... hari ni mood kurang baik.. tapi bile tgk jalan tak jem dan lengang semacam je... terus mood pon ok... walaupon ketinggalan hp kat umah.. tetap tak rasa sedih... hehehehe kelakar la plak...

jalan tak jem smpai opis pon awal gile... cume badan ade rasa penat dan sedikit mengantuk je le....

walau apa pun... selamat bekerja yea.... happy working...

http://mcnods.fotopages.com

Thursday, October 23, 2008

bercinta ibarat menunggu bus..

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,

"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk."

Jadik, awak katakan pada diri awak,

"Saya akan tunggu bas yg lain."

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,

"Eee... bas ni buruk sgt.... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."

Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak
bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah
beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,

"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."

Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang
tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu >>tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Moral: marilah kite tunggu bas... tak payah naik kereta... minyak pon mahal lagi kan... heheh...


http://mcnods.fotopages.com

Friday, October 10, 2008

erk.. lama sudah tak update blog..

Sudah berkurun lama mcnods tidak update blog.. akhirnya dapat juge mcnods mencuri peluang untuk mengupdatekan blog yang sudah kian lama tak di sapu laman dan dibuang sampah sarap... cewah ai...

mcnods agak sibuk dengan kesibukan hari raya nih... hehehehe saje je menyibukan diri ni... em..
so dengan kesempatan mcnods dapat la update blog ni.. mcnods nak ucapkan....

Glitter Words




http://mcnods.fotopages.com