Walau macam mana perfect firm tu kadang-kadang mesti ade yang terlepas pandang dateline untuk perserahan pindah milik.. tambahan kalau tetiba lawyer incharge tu berhenti dan di ganti dengan lawyer baru. Biasanya lawyer baru memang tak berapa familar la dengan file-file di tempat baru. So bila tak familar maka kejadian lewat memasukkan perserahan untuk pindah milik pasti akan berlaku.
Seperti yang mcnods alami sekarang ni. Tiba-tiba entah dari mana ada client call bertanyakan tentang filenya.. bila dijejak record reference tu file dibuka ketika firm yang dulu lagi sebab sekarang sudah di tukar nama dan pemilik. dekat 13 tahun yang dahulu. Omai... macam mana ni... sudah tentu denda lewat perserahan untuk pindah milik dan gadaian ni berdouble-double jumlah nya.
Ok sekarang apa perlu kita buat? bertenang....
Pertama : mula-mula completekan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk perserahan pindah milik dan gadaian tersebut. Bukan salah kita pon overlook file tersebut kan. Kita pon baru kerje kat situ. Jangan kalut...
Kedua: lepas completkan dokumen untuk buat perserahan langkah seterusnya adalah kira plak berapa penalty yang bakal dikenakan.
Ketiga: Lepas tu confirmkan pulak dengan Land office berkenaan.
Keempat: Karang satu surat ringkas untuk anda mintak pengurangan denda lewat tersebut. dalam surat tersebut sila nyatakan sebab lewat dan pohon pengurangan denda.
Kelima: Bawak dokumen perserahan bersama-sama dengan surat rayuan yang telah anda karang tadi pergi ke Land office berkenaan.
Keenam: Berjumpa lah dengan pegawai bertugas dan berbincang lah dengan pegawai tu tentang hasrat anda.
Biasanya kalau land office Selangor pegawai dia akan consider dan memberikan pengurangan untuk denda tersebut. Kalau land office Wilayah biasanya strict sbb maximum denda untuk perserahan pon hanya RM400 sahaja.
So anda gunakanlah kebijaksanaan anda untuk convincekan pegawai tu sehingga dia bg pengecualian untuk denda.
mudah tak? heheheh harap2 kepada sesiapa yang menghadapi masalah ni bley la cuba. untung2 dapat pengecualian terus.
ok. sehingga berjumpa lagi...
LIVE LIFE COOL...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment