Glitter Words
Ninja!

Saturday, September 06, 2008

cerita bermula dari huruf K

Dalam keletihan yang amat sgt.. mcnods terbukak satu email dari sepupu mcnods... em.. agak bagus untuk menghilangkan kepenatan dan stress... bleh la lawak santai untuk di kongsi bersama... semoga sesapa sahaja yang ada bace blog mcnods mampu tersenyum kejap dan hilang kan kekusutan minda... tapi ingat tiada yang lebih baik dari ayat suci al-quran untuk mendapat ketenagan yang damai... believe me.. enjoy reading this story... =.=

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?" Ketam kata,
"Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"

Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"
Ketam ketawa, "Kah..kah..kah. .kah..kih. .kih..kih. .kih.. Kuh..kuh..kuh. .kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan? "

Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kata, "Kelakar."
"Kelakar ke kurang-ajar? " kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketok kepala ketam kuat kadar kilat.

"kelekuk ! kepala Ketam kebengongan kerana kena ketukan Kodok.
Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepalanya kena ketok.

P/S:
Kalau kiranya korang kerja, kembali KERJA!

http://mcnods.fotopages.com

No comments: